Tuesday, March 20, 2012

PETUA UNTUK MEHILANGKAN MENGANTUK KETIKA DI PEJABAT...(EMAIL KAKLONG)

KENAPA KITE NGNTUK YER???...MCM2 SEBAB KN...TP BYK GAK CARA TUK ILANGKN MENGANTUK NI...JOK KTE LIHAT PE PETUANYE...

1. Bau-bauan - Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu - eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut - Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, ,uka dan kepala. Dalam masa beberapa minit sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya - Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ade jendela pastikan cahaya disekeliling cukup terang.


4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda - Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.


5. Makanan - Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.


6. Muzik - Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak "up-beat", supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan - Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air - minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.


9. Bersihkan meja - Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa yang dapat mengembirakan.

10. Tidur - Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

KALAU PETUA DI ATAS X BERHASIL NI LAST LA YG BOLEH ANDA BUAT...HEHEHE....

HAVE A NICE DAY...

No comments:

Post a Comment

kumen disini

MIESHA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers