Friday, June 22, 2012

AUTO FURNITURE

















KONGSI TIPS-6 TIPS KULIT CANTIK & SIHAT

6 Tips Kulit Cantik & Sihat


sekarang nie saye nak share tips kulit cantik dan sihat. sape xnak ade kulit cantik kan ? kalau tanye kat semua orang. semua mesty kate nak kulit cantik. sebab bile kulit cantik, akan menambahkan keyakinan dalam diri kite. boleh bergaul dengan orang ramai. boleh buat kerja dengan elok.


1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3. Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4. Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawomandisebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5. Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!




Tips Kurangkan Sakit Leher

Tips Kurangkan Sakit Leher
Adakah anda mengalami gangguan sakit leher yang berterusan? Jika ya, kita perlu ketahui apakah kaedah untuk mengurangkan sakit leher bagi mengelakkan ia berterusan.
Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkanRamai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat. Ketahui tips kurangkan sakit leher.



  • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
  • Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.                      Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
  • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
  • Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.
Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:
Berdiri
  • Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
  • Pastikan belakang anda lurus.
  • Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
  • Pastikan kaki anda lurus.
  • Duduk.Duduk tegak
  • Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barang. Mulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
  • Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.

Penting menjaga kesihatan terutamanya di bahagian leher. Jika mahu tidur, sila pastikan yang kita berada dalam keadaan posisi yang betul. Elakkan dari mengenakan bantal yang terlalu rendah bagi mengelakkan sakit di bahagian leher berulang.


Friday, June 15, 2012

BEUTIFUL JUG...























TOO BEUTIFUL NOT TO SHARE - ENJOY!!!

Bora Bora, French Polynesia 

Meteora , Greece

Capilano Suspension Bridge , Vancouver , British Columbia 

Hubei , China 

Santorini , Greece

Greece 

Benteng Chittorgarh , India

Marble Caves , Chile

Alesund , Norway

Skaftafeli , Iceland (under side of a glacier)

Palm Island , Dubai (first ever man-made island)

Fifa Stadium in Qatar

The Pearl Waterfall, Jiuzhaigou Valley , China

Boracay Island , Philippines 

Mount Roraima , Venezuela

The Moses Bridge , Netherlands

Jordan , Petra


Plitvice Lakes National Park , Croatia 

Plitvice Lakes National Park , Croatia

Poseidon Undersea Resort, Fiji ($15,000 a week stay)

Ubud Hanging Gardens , Bali , Indonesia

Monticello Dam, Napa County , California 

Gipslend Lake , Australia (chemical reaction called bioluminescence turns the water fluorescent blue)

Sameba Cathedral , Georgia , Tbilisi

Songjiang Hotel , China

Tianmen Mountain , Chunan Province , China


MIESHA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers