1. Jika berjalan,
dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang
jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau
berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang
berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini
biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.
Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki.
2. Jika berjalan,
sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan
rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka
menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang
berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Jika berjalan suka
menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan
hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika
wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman
luas.
5. Jika berjalan badan
bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini,
banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan
tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki
yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan
seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan
bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya.
Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment
kumen disini