Malam itu, ada
seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di
suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena
hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki,
ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.
Ibu : Nak, dari
mana ?
Pemuda : Maaf
makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti
nanti saya akan pulang.
Ibu : Oh
begitu.. tiada apa-apa!
Kerana ibu itu
yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam
rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu
itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di
rumahnya
Mendengar ajakan
Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk
sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak
perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik
kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara
si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.
Selang beberapa
kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi.
Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan
anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu
kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin
deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka
dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi
yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa
berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada
si pemuda.
Ibu :
Nak, dari mana basah kuyup ni ?
Pemuda : Maaf
makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
No comments:
Post a Comment
kumen disini