1.
Taichi
Asyik passing kerja
kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain.
Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing,
ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR
department…etc.
2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju
berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan
tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak
bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil
jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga
punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi
buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya
pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan
pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line
down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau
kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan
mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi.
Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya
sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya
contribution.
6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee,
pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low
profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang
kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah
menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah.
Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia
ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu
berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan
kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu
persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa
pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang
diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension,
so semua pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure.
Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document
contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress
report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia
nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di
Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah
Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE
Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah
malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all
know, semuanya lakonan
semata-mata.
No comments:
Post a Comment
kumen disini